Create your own banner at bukusantaionline.blogspot.com!

Thursday 2 June 2011

7Hari Mencintaiku


7Hari Mencintaiku


Penerbit : SR Publication

Harga     : RM32.90



Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.



Jangan Bersedih - Edisi Eksklusif POPULAR

EAN No: 9789673680184
RM 24.90 (WM)
RM 24.90 (EM)
Author : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni

Summary:
Hidup tidak selalunya indah, laut tidak selalu tenang dan hari tidak selalunya cerah. Namun susahnya hidup, geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah pencacat sebuah diari kehidupan.

Tuesday 31 May 2011

566 Hari Mencari Cinta


566 Hari Mencari Cinta

RM18.00
ISBN: 978-967-5067-70-9
SEMENANJUNG: RM 18.00 
SABAH/SARAWAK: RM 21.00 

Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya

Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?

Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.

Tuan Rumah Pembantu Rumah


Tuan Rumah Pembantu Rumah~Orkid Edyliyne

Fajar Pakeer
ISBN 978-967-365-058-3
Harga: MYR21.00

“Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.
Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

RAYYAN FANTASI







RAYYAN FANTASI

 RM 19.90
RAMLEE AWANG MURSHID



RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Monday 23 May 2011

Kompilas Dua Buah Novel

Cinta... Tiada Akhirnya & Duri
FAUZIAH ASHARI
RM 18.90
Bahasa Melayu

Terbitan terbaru dari Intens, kompilasi dari dua buah novel "Cinta Tiada Akhirnya" dan "Duri" hasil tulisan Fauziah Ashari.
INFO

i) Cinta... Tiada akhirnya
Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di 'Ombak Rinduk' dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta... Tiada Akhirnya' Kehidupan menjanjikan segalanya.Pahit,manis,suka dan duka.Satu perjalanan anugerah dari maha pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Inilah kisah Cinta...Tiada Akhirnya,menyelami Izzah yang setia,hampir sempurna,menjanjikan cinta pada suaminya. Disulami detik cemas yang pasti mencorak minda,mendebarkan jiwa,Cinta...Tiada Akhirnya akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.
ii) Duri
Duri menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur. Dia ditinggal kekasih,kehilangan sahabat,bertemu jodoh dengan ibu mertua yang egoistik. Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mertua bagaikan pertemuan buku dengan luas.Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka,terlunaskah dendam yang membara?
Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya?
Mampukah cinta wujud di hati Sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah Sufi yang cuba mencabut DURI di hati?